Wednesday, September 24, 2008

~C.I.N.T.A~

      Adakah benar apa yang dikata orang tentang dikau wahai kekasihku? Pertanyaan yang sering bermain diminda sejak pertemuan pertama kita. Apa yang harus daku lakukan, perlukah daku membiarkan ia sahaja dengan menerimanya bulat-bulat atau menolak serta menafikannya tanpa banyak soal? Apa yang bermain diminda membuat daku bingung serta keliru akan tanggapanku terhadap dirimu, wahai kekasihku.

Kali pertama daku mengenali dirimu, perasaan ingin tahu semakin bergolak hinggakan tercurah segala pertanyaan yang ingin ku tujukan terhadap dikau agar diriku lebih mengenali dikau. Pendekatan dirimu dengan diriku buat ku rasa selesa, selamat dan rasa ingin selalu dekat dengan mu. Hinggakan daku tidak mahu mendengar kata-kata yang boleh membuat daku terumbang-ambing iaitu “selamat tinggal”. Kata-kata keramat ini tidak ku wujudkan didalam kamus hidup ku supaya daku tidak terluka kerana daku belum lagi bersedia untuk menerima ketiadaan dirimu dalam hidup ku.

Kini, kehidupan ku berubah, berubah dari kehidupan yang hanya melayan hati sendiri kepada kehidupan yang mempunyai komitmen terhadap seseorang. Kehidupan yang memerlukan kewujudan nilai kasih sayang diantara dua insan ini tiba-tiba membuat diriku sedikit terkejut. Dengan kesedaran ini, daku harus akur dengan apa yang bakal ku hadapi iaitu hadirnya kesilapan dan kelemahan diri yang kadang-kadang boleh membuat ku terfikir adakah semua ini benar? Persoalan yang tiada jawapannya membuat ku akur, redha, kerana dengan ini ia bakal melatih diriku menjadi matang dan terus bergerak ke hadapan.

Kehidupan ku yang baru banyak merubah diriku, membuat ku berfikir tentang alam percintaan yang ku tahu bakal membuat ku lalai dibuai keindahan percintaan. Kini daku rasa persediaan diri untuk berhadapan dengan cabaran dan dugaan kehidupan baru ini sudah cukup kuat. Tapi dengan tiba-tiba persoalan demi persoalan timbul dengan serta-merta tanpa ucapkan salam. Menanyakan kepada diriku “adakah benar apa yang berlaku atau ia hanya mainan perasaan semata-mata?”. Daku tersungkur dan terduduk memikirkan kembali persediaan diri.

Mata pena ku bergerak lagi walaupun diri ku telah tersungkur, dengan semangat yang ada untuk menceritakan kepada semua akan laranya hati ini atas semua persoalan yang membuat ku tergamam. Persoalan yang tiada jawapan nya membuat ku curiga dan gelisah dengan apa yang bakal daku lalui sepanjang perjalanan hidupku yang baru. Penatku memerah otak mencari juga jawapan supaya persoalan yang buat ku meracau tanpa arah tuju terjawab agar perjalanan hidup ini berjalan dengan sempurna tanpa ada cacat-celanya. Apabila dipersimpangan jalan persoalan ini, terjawab juga persoalan ini, daku sedih, daku pilu dengan jawapan yang ku telah peroleh dimana ia hanya mainan perasaan dan bukan kebenaran yang ku ingini tapi ku berfikir sebentar “adakah persoalan ini benar-benar terjawab tanpa adanya faktor luaran yang dapat mencacatkan jawapan persoalan ini.

Aku pening, aku sedih, aku keliru kerana diriku yang hanya berusia setahun jagung ini terpaksa menerima semua ini, terpaksa merasa semua seksaan dan penderitaan jiwa ini. Adakah ini telah ditakdirkan kepada diriku? Atau daku dengan tidak sengaja atau sengaja telah menimbulkan ketidakselesaan ini. Ku teruskan diamkan diri dan fikiran ku melayang sekejap memikirkan akan apa yang berlaku. Ahh, persetankan apa yang berlaku! Penat daku memerah otak dan tanpa berfikir, aku telah membebankan otak ku, melukakan hati ku serta menguriskan perasaan ku. Kini ku sedar bahawa ia hanya mainan jiwa dan perasaan semata-mata. Telah ku persetankan semuanya agar diriku kembali kepada asal semula.

Sekejap daku mengalih pandangan kearah pena ku. Ku menanyakan kepada pena ku “penatkah dikau?”. Tiada sepatah jawapan diucapkan keluar tapi matanya yang tajam bergerak dengan pantas membentuk perkataan merestasi kertas ini,menjadi jawapan kepada soalan ku. Kesetiaan ia menemani ku dan sedia mencatat segala pengalaman, luahan hati, serta coretan minda membuat ku rasa terharu. Cerita ku yang hanya baru bermula membuat ku tidak sabar untuk meneruskan coretan ini, terus bermain dengan kata-kata agar dapat ku sampaikan cerita akan kisah ku yang tiada akhirnya.

2 comments:

Anonymous said...

salam. Saudara makna cinta tu sangat luas dan mendalam. susah kita nak paham aliran cinta, tp sekiranya aliran yg kita ikut itu betul kita akan dapat cinta yang sebenar. Bak kata pepatah klu takut ombok jangan berumah ditepi pantai. Klu takut risiko jgn sekali2 redah gelora. Klu 'on the way' jgn sekali toleh ke belakang. Truskan perjalanan anda. Tc my friends

adamzico said...

Salam..
Persoalan yang hampir sama untuk setiap manusia menghadapinya saban hari..
meskipun ianya membebankan dan kadangkala menukar haluan cerita.. persoalan itu seharusnya dijawab sebelum meneruskan langkah.. take ur time dear.. Itulah kehidupan.. Kamu bakal membesar dan matang dengan pengalaman yang kamu corakkan sendiri.. That my ponit of view/s..
Dan seperti yang kita semua ketahui.. memang sukar untuk kita membulatkan keputusan yang bakal mengubah siapa kita sebenarnya.. namun itulah tuntutannya agar kita sentiasa membahagiakan diri sendiri mahupun orang disekitar kita dengan pilihan yang tepat dan ikhlas dalam hati..
apapun kata putus yang diambil.. just let it be.. walaupun xramai yang akan memahami kenaap kita memilih utk berjalan di atas denai yang penuh rintangan dari jalan yang terbentang luas tanpa onak dan duri.. fikirkanlah.. wish u the best in what ever decision/s u make.. wink!