Saturday, May 30, 2009
Biol
Kemalasan

Thursday, May 28, 2009
Transformasi..
Friday, January 9, 2009
sejenak di SJMC...
rentetan sejenak..
Bila difikirkan sekali lagi, adakah betul apa yang ku lakukan terhadap diriku. Membuat keputusan untuk menyenangkan keadaan. Sekali lagi, dijadikan medium ini sebagai tempat luahan hati kecil ku. Ku tahu betapa sulitnya keadaan ku sekarang dengan masalah dan rintangan yang harus ku lalui..Tapi gelora hatiku ini tidak tertahan lagi..
Termenungku sekejap, memandang ke arah luar jendelaku. Hanya keadaan sunyi, sepi, gelap-gelita yang dapat ku lihat dari mata kasar. Sejenak ku memikirkan apa yang aku bakal luahkan dari hati yang selama ini tiada tahannya lagi untuk terus diam membisu. Ku harus lepaskan segala isi yang tersurat yang kini menusuk jantungku, membuatku sesak bernafas, membuat diriku lemah, tiada sokongan dari siapa yang ku anggap teman selama ini. Aku pilu, aku sedih, aku sayu..memikirkan apa yang bakal ku lalui. Adakah aku keseorangan?
Menitis air mata, titis demi titisan, menitis membasahi pipi, mengalir tanpa henti, tiada siapa..tiada siapa yang ingin mengesat..menghilangkan rasa sedih ku ini.. jadi, adakah benar aku keseorangan? Tanda tanya berputar-putar, membuatku sepi sebentar..
Berhentiku dari menaip, membetulkan cermin mata ku, mengesat air mata yang kini mengaburi pandangan ku. Terusku menaip, menceritakan lagi sisa-sisa luahan ini. Memikirkan apa lagi yang ku harus lakukan demi menghapuskan perasaan sedih ku yang kini meninggalkan kesan luka yang amat dalam. Adakah terdapat nya seorang insan yang sudi membuat hatiku ini ceria kembali..mengubat luka ku yang dalam.
Huh, Ketawa ku sebentar, bodoh diriku..menitis lagi titisan air mata…
Thursday, October 9, 2008
Hari Raya Aidilfitri....


Saturday, September 27, 2008
Siapakah Diri Ini???

Setiap kali cubaan yang dilakukan semakin banyak tanda tanya yang mendatang. Semakin tinggi rasa ingin tahu akan tentang diri sendiri yang masih mentah mengenali erti hidup. Setelah bertahun lama nya mengorek rahsia diri sendiri, baru kesedaran diri timbul dimana betapa banyak nya kesilapan diri serta kekurangan yang ada pada diri sendiri. Adakah ini akan membuat seorang itu berfikir ia akan selamanya begitu atau ia boleh diubah demi kebaikan diri sendiri.
Cubalah ubah apa yang dikatakan salah sekira nya termampu. Bukan senang bagi seseorang itu untuk mengubah apa yang telah sedia ada, walaupun demi kebaikan diri. Perkuatkan apa yang betul agar diri sentiasa dikelilingi kebaikan dan suci dari kejahatan.
Hidup dalam dunia yang penuh kekeliruan membuat seseorang itu terburu-buru membuat keputusan. Apa yang dipikirkan betul ada kalanya salah. Jadi pertimbangan diri perlu ada supaya apa sahaja keputusan yang dibuat tidak memihak hanya kepada satu pihak tetapi kepada kedua belah pihak. Ini tidak menyalahkan sesiapa hanya peringatan kepada diri sendiri.
Renungan masa depan masih samar, memikirkan apa yang bakal dilalui dalam masa yang amat panjang ini membuat diri bertanya adakah ini jalan ku yang betul demi mencapai kebahagian hidup. Rintihan hati kecil ini berkata tuhan maha kuasa, menyusun jalan hidup seseorang dengan rapi agar seseorang itu bahagia, terpulang lah kepada seseorang itu mahu mengikut atau pun tidak. Dengan itu redha nya diri ini mengikut ketentuan illahi.
Banyak pengalaman yang dilalui sepanjang hidup di muka bumi ini. Pelbagai ragam manusia telah dirasai. Diri ini semakin tabah, semakin kukuh untuk meneruskan hidup, tapi adakah pencarian diri ini sudah berhenti?? Adakah kita sudah kenali siapa kita?? Panjang lagi perjalanan hidup ini, banyak lagi rahsia diri yang belum kita terokai. Kenali lah diri kerana ia mahu dikenali.
Siapalah diri ini kalu kita tidak mengenali.....



