Saturday, September 27, 2008

Siapakah Diri Ini???



Mengisahkan sendiri tentang hidup seorang insan yang lemah. Meniti setiap detik kehidupan yang penuh panca roba. Bermula nya kisah dengan kekeliruan sendiri, memikirkan dan mencari serta memahami diri sendiri. Tapi adakah setiap cubaan yang kita lakukan akan berjaya dan membuahkan hasil yang sempurna???

Setiap kali cubaan yang dilakukan semakin banyak tanda tanya yang mendatang. Semakin tinggi rasa ingin tahu akan tentang diri sendiri yang masih mentah mengenali erti hidup.  Setelah bertahun lama nya mengorek rahsia diri sendiri, baru kesedaran diri timbul dimana betapa banyak nya kesilapan diri serta kekurangan yang ada pada diri sendiri. Adakah ini akan membuat seorang itu berfikir ia akan selamanya begitu atau ia boleh diubah demi kebaikan diri sendiri.

Cubalah ubah apa yang dikatakan salah sekira nya termampu. Bukan senang bagi seseorang itu untuk mengubah apa yang telah sedia ada, walaupun demi kebaikan diri. Perkuatkan apa yang betul agar diri sentiasa dikelilingi kebaikan dan suci dari kejahatan.

Hidup dalam dunia yang penuh kekeliruan membuat seseorang itu terburu-buru  membuat keputusan. Apa yang dipikirkan betul ada kalanya salah. Jadi pertimbangan diri perlu ada supaya apa sahaja keputusan yang dibuat tidak memihak hanya kepada satu pihak tetapi kepada kedua belah pihak. Ini tidak menyalahkan sesiapa hanya peringatan kepada diri sendiri.

Renungan masa depan masih samar, memikirkan apa yang bakal dilalui dalam masa yang amat panjang ini membuat diri bertanya adakah ini jalan ku yang betul demi mencapai kebahagian hidup. Rintihan hati kecil ini berkata tuhan  maha kuasa, menyusun jalan hidup seseorang dengan rapi agar seseorang itu bahagia, terpulang lah kepada seseorang itu mahu mengikut atau pun tidak. Dengan itu redha nya diri ini mengikut ketentuan illahi.

Banyak pengalaman yang dilalui sepanjang hidup di muka bumi ini. Pelbagai ragam manusia telah dirasai. Diri ini semakin tabah, semakin kukuh untuk meneruskan hidup, tapi adakah pencarian diri ini sudah berhenti??  Adakah kita sudah kenali siapa kita?? Panjang lagi perjalanan hidup ini, banyak lagi rahsia diri yang belum kita terokai. Kenali lah diri kerana ia mahu dikenali.

Siapalah diri ini kalu kita tidak mengenali.....




No comments: