Saturday, September 27, 2008

Siapakah Diri Ini???



Mengisahkan sendiri tentang hidup seorang insan yang lemah. Meniti setiap detik kehidupan yang penuh panca roba. Bermula nya kisah dengan kekeliruan sendiri, memikirkan dan mencari serta memahami diri sendiri. Tapi adakah setiap cubaan yang kita lakukan akan berjaya dan membuahkan hasil yang sempurna???

Setiap kali cubaan yang dilakukan semakin banyak tanda tanya yang mendatang. Semakin tinggi rasa ingin tahu akan tentang diri sendiri yang masih mentah mengenali erti hidup.  Setelah bertahun lama nya mengorek rahsia diri sendiri, baru kesedaran diri timbul dimana betapa banyak nya kesilapan diri serta kekurangan yang ada pada diri sendiri. Adakah ini akan membuat seorang itu berfikir ia akan selamanya begitu atau ia boleh diubah demi kebaikan diri sendiri.

Cubalah ubah apa yang dikatakan salah sekira nya termampu. Bukan senang bagi seseorang itu untuk mengubah apa yang telah sedia ada, walaupun demi kebaikan diri. Perkuatkan apa yang betul agar diri sentiasa dikelilingi kebaikan dan suci dari kejahatan.

Hidup dalam dunia yang penuh kekeliruan membuat seseorang itu terburu-buru  membuat keputusan. Apa yang dipikirkan betul ada kalanya salah. Jadi pertimbangan diri perlu ada supaya apa sahaja keputusan yang dibuat tidak memihak hanya kepada satu pihak tetapi kepada kedua belah pihak. Ini tidak menyalahkan sesiapa hanya peringatan kepada diri sendiri.

Renungan masa depan masih samar, memikirkan apa yang bakal dilalui dalam masa yang amat panjang ini membuat diri bertanya adakah ini jalan ku yang betul demi mencapai kebahagian hidup. Rintihan hati kecil ini berkata tuhan  maha kuasa, menyusun jalan hidup seseorang dengan rapi agar seseorang itu bahagia, terpulang lah kepada seseorang itu mahu mengikut atau pun tidak. Dengan itu redha nya diri ini mengikut ketentuan illahi.

Banyak pengalaman yang dilalui sepanjang hidup di muka bumi ini. Pelbagai ragam manusia telah dirasai. Diri ini semakin tabah, semakin kukuh untuk meneruskan hidup, tapi adakah pencarian diri ini sudah berhenti??  Adakah kita sudah kenali siapa kita?? Panjang lagi perjalanan hidup ini, banyak lagi rahsia diri yang belum kita terokai. Kenali lah diri kerana ia mahu dikenali.

Siapalah diri ini kalu kita tidak mengenali.....




Selamat Hari Raya..




Wah!! semakin ari, semakin terasa mcm nak raya....hehe..(puasa pn xabes lg)..ak da siap nak raya.....xsabar sgt nie..hehe..ntah la..tahun nie raya mcm best skit....hurmmmm...maybe tahun nie..raya agak bermakna...cuz nie first time ak beraya ader kekasih bersama..walaupun xraya bersama tp still dkt di hati....(aiyoyo...jiwang di pagi hari....)...




hurm, ak nie kalu nk post benda mesti lewat pagi...mmg xder waktu lain ker....hahahaha....sambil mata ku nak pejam, tersengguk2 kepala....DUSH!! terhantuk kat meja....hahahah..(khayalan semata2)...




raya nie..ak kna buat kuih raya...bak kata ahli falsafah..(ibu ku)..biar susahkan anak dari susahkan ibu nya...hahahaha....mak ak tggu ak balik dlu bru nk stat buat kuih raya...aiyoyo...bru jer nk RELAX...hurmmmm, ader keje rupanye...xper la..tiap2 thun mmg mcm tue...so, kalu korng nk rase kuih raya ak, meh la dtg umah!!! dijemput hadir pada raya ke3...nk alamat mintak k....hahahaha...

kla..kla..mata ak pun dah merayu nk tutup..pnt sgt nie...bru jer g kuar td...so, aper2 pn ak g tido dlu...sahur ntah bgn ntah tidak....tgk la...hehe..

sebelum ak undur kan diri...

ak ucapkan...












Wednesday, September 24, 2008

4 o'clock in the morNing!!



Jam menunjukkan pukul 1am..letih sangat sebab baru balik dari buat banner untuk hari raya..ohh, sebelum terlupa "Selamat Menyambut Hari Raya" hehehe....ok..ok..kembali kepada cerita ku, malam ni terasa hati ni macam nak baca nota...Aiyoyo!! bertambun nota aku nak kena baca...lebih2 lagi tuk blok CNS ni..

bila buka jer nota terus, automatically mata ku liar mencari benda yang boleh ku buat selain membaca...masa tula nampak roti...hurm, balun terus roti tue...erm..ermm..abes la dalam 5 keping..hahaha...da siap makan, ternampak pulak laptop ku yang terpegun di bucu meja....



dengan rasa bangga diri, terus ku buka dan surf internet...aku bukak friendster, myspace, facebook dan macam2 lagi...hahaha...terus lupa nak baca nota...aiyoyo...rosak aku nie digodam keseronokan...dalam keseronokan ku tue...ku buka blog orang..baca skit2..pastu teringat, aku pun ader blog gak tapi tak aktif kurun lama nya...

huh!!! aper lagi terus aku buka profile aku tue...n tulis la karut mak karut (aper tue???)..

then, aku tgk jam...

hurm, da kul 4!!!!!

oh!!! tidakkkkk!!!! 

esok ader klas!!...hua3!!...terus ak bersiap2 untuk tido...pastu aku 

TIDUR LA!!! hahaha...




PS: sebelum tido ader orang call..hehe..

PS2: bermula dari saat nie...saya mengisytiharkan pembukaan blog saya...nnti kan post yang baru k...ini baru permulaan....hehe...


~mie~

~C.I.N.T.A~

      Adakah benar apa yang dikata orang tentang dikau wahai kekasihku? Pertanyaan yang sering bermain diminda sejak pertemuan pertama kita. Apa yang harus daku lakukan, perlukah daku membiarkan ia sahaja dengan menerimanya bulat-bulat atau menolak serta menafikannya tanpa banyak soal? Apa yang bermain diminda membuat daku bingung serta keliru akan tanggapanku terhadap dirimu, wahai kekasihku.

Kali pertama daku mengenali dirimu, perasaan ingin tahu semakin bergolak hinggakan tercurah segala pertanyaan yang ingin ku tujukan terhadap dikau agar diriku lebih mengenali dikau. Pendekatan dirimu dengan diriku buat ku rasa selesa, selamat dan rasa ingin selalu dekat dengan mu. Hinggakan daku tidak mahu mendengar kata-kata yang boleh membuat daku terumbang-ambing iaitu “selamat tinggal”. Kata-kata keramat ini tidak ku wujudkan didalam kamus hidup ku supaya daku tidak terluka kerana daku belum lagi bersedia untuk menerima ketiadaan dirimu dalam hidup ku.

Kini, kehidupan ku berubah, berubah dari kehidupan yang hanya melayan hati sendiri kepada kehidupan yang mempunyai komitmen terhadap seseorang. Kehidupan yang memerlukan kewujudan nilai kasih sayang diantara dua insan ini tiba-tiba membuat diriku sedikit terkejut. Dengan kesedaran ini, daku harus akur dengan apa yang bakal ku hadapi iaitu hadirnya kesilapan dan kelemahan diri yang kadang-kadang boleh membuat ku terfikir adakah semua ini benar? Persoalan yang tiada jawapannya membuat ku akur, redha, kerana dengan ini ia bakal melatih diriku menjadi matang dan terus bergerak ke hadapan.

Kehidupan ku yang baru banyak merubah diriku, membuat ku berfikir tentang alam percintaan yang ku tahu bakal membuat ku lalai dibuai keindahan percintaan. Kini daku rasa persediaan diri untuk berhadapan dengan cabaran dan dugaan kehidupan baru ini sudah cukup kuat. Tapi dengan tiba-tiba persoalan demi persoalan timbul dengan serta-merta tanpa ucapkan salam. Menanyakan kepada diriku “adakah benar apa yang berlaku atau ia hanya mainan perasaan semata-mata?”. Daku tersungkur dan terduduk memikirkan kembali persediaan diri.

Mata pena ku bergerak lagi walaupun diri ku telah tersungkur, dengan semangat yang ada untuk menceritakan kepada semua akan laranya hati ini atas semua persoalan yang membuat ku tergamam. Persoalan yang tiada jawapan nya membuat ku curiga dan gelisah dengan apa yang bakal daku lalui sepanjang perjalanan hidupku yang baru. Penatku memerah otak mencari juga jawapan supaya persoalan yang buat ku meracau tanpa arah tuju terjawab agar perjalanan hidup ini berjalan dengan sempurna tanpa ada cacat-celanya. Apabila dipersimpangan jalan persoalan ini, terjawab juga persoalan ini, daku sedih, daku pilu dengan jawapan yang ku telah peroleh dimana ia hanya mainan perasaan dan bukan kebenaran yang ku ingini tapi ku berfikir sebentar “adakah persoalan ini benar-benar terjawab tanpa adanya faktor luaran yang dapat mencacatkan jawapan persoalan ini.

Aku pening, aku sedih, aku keliru kerana diriku yang hanya berusia setahun jagung ini terpaksa menerima semua ini, terpaksa merasa semua seksaan dan penderitaan jiwa ini. Adakah ini telah ditakdirkan kepada diriku? Atau daku dengan tidak sengaja atau sengaja telah menimbulkan ketidakselesaan ini. Ku teruskan diamkan diri dan fikiran ku melayang sekejap memikirkan akan apa yang berlaku. Ahh, persetankan apa yang berlaku! Penat daku memerah otak dan tanpa berfikir, aku telah membebankan otak ku, melukakan hati ku serta menguriskan perasaan ku. Kini ku sedar bahawa ia hanya mainan jiwa dan perasaan semata-mata. Telah ku persetankan semuanya agar diriku kembali kepada asal semula.

Sekejap daku mengalih pandangan kearah pena ku. Ku menanyakan kepada pena ku “penatkah dikau?”. Tiada sepatah jawapan diucapkan keluar tapi matanya yang tajam bergerak dengan pantas membentuk perkataan merestasi kertas ini,menjadi jawapan kepada soalan ku. Kesetiaan ia menemani ku dan sedia mencatat segala pengalaman, luahan hati, serta coretan minda membuat ku rasa terharu. Cerita ku yang hanya baru bermula membuat ku tidak sabar untuk meneruskan coretan ini, terus bermain dengan kata-kata agar dapat ku sampaikan cerita akan kisah ku yang tiada akhirnya.